Friday, May 30, 2008

undi hantu

Pilihanraya 2008 dan Undi Pengundi Hantu


Pilihanraya 2008. Undi Pengundi Hantu. Marang. Terengganu. Kelantan. Mykad palsu. Adil PKR Keadilan. PAS. DAP. BN. Haji Hadi. Pak Lah. FRU. Bas-bas. Lawatan dan kursus. Keadilan hakiki. Mahkamah. Badan dunia.

(kesemua identiti mereka yang terlibat dalam laporan ini dirahsiakan demi keselamatan)

Semasa pilihanraya 2008 yang lalu, Terengganu dicemari dengan rusuhan tetapi berita berkenaannya tidak disiarkan di akhbar-akhbar arus perdana kerana bimbang pandangan rakyat di negeri-negeri lain mempengaruhi keadaan semasa di Malaysia.

Semasa pilihanraya di Terengganu, di kebanyakan tempat, rusuhan sebenarnya berlaku samada kecil atau besar, kurang serius atau seserius seperti di Marang, tapi apakah 'rusuhan' itu sendiri tanda tidak serius?

Kenapa rusuhan ini berlaku?

Mengapa rakyat memberontak dan merusuh? ............Cuba fikirkan.Adakah kerana main-main atau suka-suka, atau rusuhan disebabkan perkara kecil...???!!!

Marilah kita renung apa sebenarnya yang terjadi di sana.

Apa yang berlaku adalah satu kebenaran, tanya orang Marang apa yang berlaku, tanya orang Manir, tanya orang Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan lain-lain tempat, mereka ada di sana, membuang undi sambil tangan 'terikat di belakang' dan hanya mampu melihat sahaja, kerana segalanya telah diatur sebegitu rupa secara rapi dan terancang.

Pada pagi hari Sabtu tanggal 8 Mac 2008, pada pagi yang cerah itu, berpuluh-puluh buah bas dan beratus kereta telah memasuki Terengganu membawa masuk pengundi-pengundi hantu dari seluruh tanahair, mereka dibawa sehingga ke dalam zon selamat yang ditetapkan untuk membuang undi di pusat-pusat membuang undi yang telah dirancang.

Setelah bas-bas tersebut tiba, ia ditempatkan berdekatan dengan pusat-pusat mengundi, dan setelah beberapa ketika, untuk mengelakkan dari disyaki, mereka turun sedikit demi sedikit, berdua, bertiga secara bergilir-gilir untuk membuang undi, dengan membawa bersama-sama mereka Mykad baru, yang telah dikeluarkan di Putrajaya atas nama-nama yang sebenarnya tidak dimiliki oleh sesiapa dan ada di antara MyKad tersebut milih mereka yang telah meninggal dunia.

Dan penduduk tempatan di beberapa buah tempat yang melihat dan mengesyakinya telah merampas dan memeriksa kesahihan Mykad yang mereka bawa, ini disahkan sendiri oleh penduduk yang terlibat.

Dan tercetuslah rusuhan serta campur tangan FRU di beberapa buat tempat.

Ramai di antara pengundi hantu ini masih muda, datang ke Terengganu atas tiket lawatan sambil belajar atau pun kursus, yang secara logiknya, untuk apa mereka ke mari sedangkan jika mereka layak mengundi, tidakkah mereka di perlukan di negeri mereka, atau di daerah mereka?

Tidakkah pengganjur mengetahui dan sedar bahawa pada masa itu rakyat sedang sibuk mengundi..????!! Kenapakah lawatan atau kursus tidak ditunda pada tarikh lain selain dari masa mengundi?

Apakah mereka ini sememangnya layak tetapi telah memilih untuk tidak mengundi lalu bersetuju menyertai lawatan dan kursus di negeri dan tempat yang lain (T'ganu & Kl'tan)?Kalau mereka belum layak, kenapa mereka datang ke pusat-pusat mengundi secara beramai-ramai?

Di samping itu juga, ada di antara mereka apabila ditanya, terdapat di antaranya tidak memahami pertuturan bahasa melayu, disebabkan mereka sememangnya bukan rakyat Malaysia, dan ada yang memahami tetapi membalas dengan percakapan loghat Indonesia.Di sini jelas mereka diupah untuk membuang undi.

Apa yang berlaku di Marang lain pula ceritanya, mereka telah dipesan lebih awal tentang pengundi hantu ini, telah dipesan oleh orang Kelantan yang telah biasa dengan taktik kotor ini, yang telah memahami perancangan kotor ini terlebih dahulu, kerana mereka telah mengalaminya pada pilihanraya yang terdahulu, sebab itu di Kelantan, BN tidak mendapat majoriti undi, kerana bas-bas yang membawa pengundi hantu telah disekat dari awal-awal lagi. Bas-bas tersebut telah gagal memasuki zon-zon selamat yang ditetapkan oleh itu mereka gagal membuang undi. Dan rusuhan yang tercetus di Marang, di kawasan Haji Hadi, merupakan tindakan yang berani dan nekad untuk menghalang ratusan pengundi hantu dari membuang undi, dan seterusnya kita dapat lihat BN sukar menawan Haji Hadi.

Kenapa hanya di Marang kemenangan BN begitu sukar dan di tempat-tempat lain BN mendapat majoriti undi? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kemelut pengundi hantu ini.


(kesemua identiti mereka yang terlibat dalam laporan ini dirahsiakan demi keselamatan)

Di sini sayugia dipesan dan diseru:-

Kepada adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekelian....., kepada sesiapa yang terlibat menjadi pengundi hantu, marilah, keluarlah membuat laporan polis, keluarlah daripada 'persembunyian' anda. Ketahuilah bahawa undi anda tidak sah dan melanggar hak-hak kemanusiaan penduduk dan rakyat Terengganu. Anda tidak bermaruah dan berdosa.

Anda telah menganiayai rakyat dan penduduk Terengganu, kasihanilah mereka, berkemungkinan ada di antara mereka adalah makcik-makcik, pakcik-pakcik, saudara mara, kawan-kawan atau pun keluarga anda sendiri.

Bayangkan anda duduk di tempat mereka, tidakkah anda merasa terkilan dan dizalami serta ditipu? Tebuslah maruah anda.

Sampai-sampaikanlah, dan panjang-panjangkanlah pemberitaan ini kepada mereka yang tidak mengetahui atau tidak membaca laporan ini tetapi terlibat sama dalam pembuangan undi yang tidak sah itu.

Kepada mereka-mereka yang mampu dan layak untuk membela nasib pengundi hantu ini, peguam-peguam, pembela nasib rakyat, sama-samalah kita membela rakyat Terengganu, sama-samalah kita melindungi mereka yang telah terlibat menjadi pengundi hantu untuk keluar menegakkan keadilan. Berkemungkinan pada masa mereka ditawarkan upah supaya menjadi pengundi hantu, pada masa itu, mereka kesempitan wang dan keadaan sangat mendesak. Maafkan mereka.

Lindungi mereka sebagai saksi agar mereka berani keluar beramai-ramai, kita mempunyai pelbagai akta untuk tujuan tersebut, dan semestinya mahkamah mempunyai kuasa untuk keadilan ditegakkan.

Kita juga boleh meminta pihak asing turut serta sebagai pembela atau pemerhati untuk mengelakkan 'keadilan' yang berat sebelah. Kita boleh meminta badan dunia memantau proses keadilan ini.

Laporan polis boleh dibuat dengan mengatakan bahawa anda semua telah terlibat dalam komplot pilihanraya dengan membuat undian yang tidak sah dan menerima wang sebagai upah, kerana pengundi-pengundi hantu ini semestinya dibayar dengan sejumlah wang yang mampu menarik minat mereka untuk turut serta membuang undi yang salah, dengan itu tolonglah mereka menebus kembali kesalahan yang telah mereka lakukan. Kita boleh tolong dengan cara menawarkan wang ganjaran dan pembayaran balik wang upah yang telah mereka terima.

Di samping itu, kepada rakyat asing pula, baik dari Indonesia, Myanmar, atau India, dll, anda boleh diberi perlindungan di bawah badan dunia yang berpangkalan di sini atau mendapat suaka politik khas jika perlu.

Tentang Mykad yang dipalsukan dan senarai pembuang undi SPR pula, serahlah kepada para peguam yang bijak pandai untuk menguruskannya. Periksa dan semak kembali senarai pembuang undi yang disediakan oleh SPR, periksa dengan teliti jumlah peratusan pengundian yang diumumkan adakah sama dengan jumlah nama dalam senarai tersebut.

Rakyat Terengganu boleh mengambil bahagian dalam proses menegakkan keadilan ini, anda boleh memeriksa kembali senarai pembuang undi yang dikeluarkan oleh SPR, yang telah ditanda semasa pilihanraya berlangsung. Ingat kembali, adakah anda pergi membuang undi dan periksa samada nama anda ditanda/dipotong menyatakan anda pergi mengundi, dan jika anda tidak keluar mengundi atau berada disuatu tempat lain, buktikan kepada mahkamah. Dan jika anda keluar mengundi tetapi nama anda tidak ditanda atau dipotong sebagai menandakan anda tidak mengundi, buktikan kepada mahkamah, kemukakan saksi-saksi.

Biar ianya mengambil masa, biar satu per satu diperiksa, asalkan keadilan ditegakkan.

Kepada mereka yang terlibat dalam rusuhan secara aman atau pun tidak semasa pilihanraya, kepada mereka yang terlibat semasa FRU mengepung anda dan melepaskan gas pemedih mata, marilah kita keluar beramai-ramai membuat laporan polis, agar keadilan ditegakkan. Kepada mereka yang masih menyimpan gambar dan rakaman peristiwa tersebut, simpan untuk proses keadilan di mahkamah kelak dan sebarkanlah di internet dan media-media di sini atau pun di luar negara.

Kita juga boleh membuat laporan polis berkenaan dengan undi pos yang tidak rahsia, kita boleh periksa, berapa ramaikah pengundi-pengundi yang layak membuang undi pos di satu-satu dun atau parlimen, dan berapa banyak pula undi pos yang diterima semasa pengiraan undi dijalankan, adakah ianya seimbang, adakah beg-beg undi pos tersebut selamat tidak boleh ditambah atau diambil undi-undi di dalamnya. Ini semua kelemahan-kelemahan yang boleh kita bawa ke mahkamah. Kepada angota-angota SPR yang melihat pelbagai kelemahan dan penyelewengan yang dinyatakan atau tidak, keluarlah membuat laporan polis, dengan cara itu kita boleh membawa kes ini ke mahkamah.

Pastikan pihak media dan pemerhati keadilan dari luar sama-sama memerhatikan proses keadilan ini ditegakkan, dengan cara ini sahajalah mahkamah kita boleh berlaku adil yang hakiki kerana kita tahu, mahkamah kita berat sebelah dan dengan cara ini juga kita boleh mengetahui bahawa siapa yang sebenarnya menjadi dalang kepada undi hantu ini.

Jika mahkamah mendapati pengundian tidak sah, maka pilihanraya semula di Terengganu adalah jalan penyelesaiannya.

Beranikah kerajaan BN menerimanya?

Sekian.

freelancecop@gmail.com


Sampai-sampaikan, panjang-panjangkan, buat laporan polis, mari kita ke mahkamah beramai-ramai.

Tebus maruah anda. Tegakkan keadilan.


(kesemua identiti mereka yang terlibat dalam laporan ini dirahsiakan demi keselamatan)